My MuSic

sejarah SOLAT


Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.

Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.

Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.

Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.

Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.

Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.

Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.

Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.

Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.

Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.

Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Ibadah SOLAT

setiap muslim yang beriman di akhirat kelak akan dikejutkan dengan pemeriksaan pertama di Akhirat terhadap persoalan solat mendahului perkara fardhu yang lain..
sabda Nabi SAW yang bermaksud : "perkara pertama yang diperiksa ialah solat" ( H.R Abu Ya'la)..
jika perkara solat tersebut tidak diterima ALLAH, pemerikasaan terhadap fardhu yang lain akan lebih teliti seperti puasa, zakat dan haji.
kemungkinan akan ditahan di beberapa kaunter lagi di titian Shirat...menyebabkan lewat masuk syurga malah mungkin terlebih dahulu mendapat seksaan di dalam neraka...
oleh itu, sebagai seorang muslim, kita haruslah sentiasa memeriksa solat kita.. adakah diterima oleh ALLAH?? adakah solat kita selama ini mengikut apa yang ditetapkan syarak??
menurut Abdullah Al-Qari Hj Salleh (A.Q.HA.S.), terdapat 239 kesalah di dalam solat yang seringkali kita lakukan samada boleh membatalkan, menjejaskan atau mencacatkan solat...
secara jujurnya, saya selepas meneliti solat saya selama 20 tahun hidup, rupa-rupanya solat saya mungkin tidak diterima ALLAH...Nauzubillah... Astaghfirullah...
mudah - mudahan selepas saya tahu akan kesilapan solat saya,  saya dapat memperbaiki solat dan InsyaALLAH diterima ALLAH... InsyaALLAH...
bagi saya ilmu Tajwid adalah ilmu terpenting dalam solat kerana kadang - kadang sebutan kita salah dari segi Makhraj dan Tajwidnya....
kita akan bincang sedikit sebanyak apakah kesilapan yang boleh menyebabkan solat kita tidak sah... di lain masa... selamat beramal.... wassalam....

perasaan lepas exam.....

salam semua...lama tak update blog ni...
nak kongsi perasaan lepas exam skit...
kadang - kadang kita rasa happy sangat & merdeka lepas exam.. tak kira la UPSR ke, PMR, SPM mahupun final exam semester...
tapi hakikat sebenarnya kita masih dibelengu perasaan takut, gelisah dan seangkatan dengannya... memikirkan macamana result & keputusan kita nanti.
adakah mencapai matlamat yang kita tetapkan??? atau boleh menyebabkan kita mengalami moral down..
secara jujurnya, saya rasa sangat gelisah dan bimbang sekiranya keputusan exam saya tidak memberangsangkan... macamana nak jawab kat mak ayah yang sentiasa mengharapkan kecemerlangan anak - anaknya....
saya dah boleh agak result saya berdasarkan coursework yang diperoleh... istilah ganu yang sesuai dalam situasi ni : beratnanang....
tetapi, mak selalu berpesan, rezki dan takdir dah ditetapkan di loh mahfuz oleh ALLAH YANG ESA... walau macamana sekalipun, kita harus redha teriama ketentuan Ilahi.
saya selalu ingatkan diri dengan ayat ini... tenag skit rase... Ahamdulillah...
jadi, kita pakat tunggulah result exam kita di samping berdoa agar dumurahkan hati pemeriksa agar dapat menerima jawapan kita dan membantu kita. mudah - mudahan, InsyaALLAH...